Thursday, May 24, 2018

40.

Insecurities kills me! Helpppppppp 😭😭😭😭😭

39.

Penatnya menahan perasaan ini.
Bila terlalu rindu, kau rasa berdosa gila.
Habis bercucuran air matanya.

Penatnya menahan perasaan ini.
Bila kau cuba pujuk hati, ini perkara biasa.
Tapi kau tahu kau tak kuat untuk melaluinya.

Penatnya menahan perasaan ini.
Hendak dipendam, hati tak tertahan.
Hendak diluah, mungkin hanya sebelah tangan.

Sesungguhnya hati dan perasaan ini bersifat bolak balik.
Ada ketika kau merasa bahagia tidak terkata.
Ada ketika kau tertunduk menahan sakit di jiwa.

Aku diciptakan untuk menuruti kehendak hatiku.
Betapa lemahnya aku kerana mudahnya aku terbuai sebegini.

Tuhan..
Ini kah dugaan perasaan yang perlu ku alami.
Tuhan.. bantu aku.
Selamatkanlah aku dari permainan hatiku sendiri. ❤️

Monday, April 30, 2018

38.

2018 - To be done.

Thesis 🎓
Lesen 🚘
Rumah 🏡
Kahwin ❤️

Seriously. Allah je tahu berat kepala aku nak fikir 4 benda major dalam hidup ni serentak.

Entah. Aku je kot yang pikir benda ni berat. Patutnya aku setelkan satu per satu. Tapi sekarang ni sebab masa dah xde, aku terpaksa setelkan 4 4 ni secara serentak.

Penat jugak layan emotional dalam diri ni. So skrg aku kena tegas. Aku kena berdikari. Aku kena focus. Orang yang paling kau sayang pun susah nak faham ape yang kau rasa. Tapi takpe, aku pun tak nak beratkan dorg fikir pasal aku.

Allah ada.
Allah ada.
Allah ada.

Okay?

37.

Manja.

Aku tahu aku manja.
Sume benda aku takleh nak decide sendiri.
Sume benda aku kena tanya pendapat orang.
Sume benda jugak kekadang aku suka mintak tolong orang lain buatkan.

Aku tahu aku manja.
Zaman kecil ku dah puas aku berdikari.
Tiba masa untuk aku bermanja semula dengan orang orang yang aku kasihi.

Aku tahu aku manja.
Tapi aku tak tahu ada tak orang yg nampak aku manja. 😂
Bila orang lain tegur kau, "Farhana, kau ni manja betul."
Jadi ku kira, sebahagian sudah perasan tentang ini.

Aku tahu aku manja.
Biarlah aku menjadi diri sendiri.
Pabila aku perlukan pertolongan kau.
Itu bermakna aku tahu tahapku sampai di situ sahaja.
Bukanlah aku sengaja bermanja manja.

Ape seh. Geli pulak aku sebut perkataan manja ni.

Friday, February 16, 2018

36.

Jumaat.

Hari yang penuh barakah.
Alhamdulillah buat pertama kalinya merasai suasana solat jumaat di bumi anbiya'.

SubhanAllah cantiknya aturan Allah.
Ketika aku ingin menyambung tilawahku, surah Kahfi menjadi tatapan seterusnya buatku.
Sungguh, tepat sekali pada masanya sepertimana Allah ingin mengkhabarkan sesuatu.
Pada waktu aku ingin menziarahi Raudhah pula, surah Al-Anbiya yang menjadi tatapanku.
Miracles. 😊

Hilang.
Ya, tiba tiba ada sesuatu yang berlaku pada malam itu.
Dan Allah lebih mengetahui.

Thursday, February 15, 2018

35.

Day 2.
Bersaudara.

Dan kerana muslim itu bersaudara.
Hati terpegun melihat kemurnian yang Allah himpunkan di sini.
Betapa ramai umat pelbagai paras rupa, warna kulit dan bahasa komunikasi.
Tetapi begitu harmoni mengagungkan Allah yang Maha Esa.

Rezeki aku pula hari ini.
Ditemukan dengan sahabat yang dikenali semasa Trip Jejak Nusantara Indonesia.
Allahu, begitu kecil dunia walau dalam keadaan jutaan himpunan di bumi Madinah ini.

Seterusnya, dipertemukan dengan seorang makcik dari Algeria.
Begitu ramah dirinya dan sangat protective terhadap aku. Sis terharuuu! 😭
Pertemuan ini begitu singkat yakni antara Maghrib dan Isyak, tetapi banyak yang aku pelajari daripadanya.
Ilal Liqa' Maas Salamah. ☺️

Sunday, February 11, 2018

34.

Day 1.

I just can't believe it.

Tanah yang sedang aku jejak.
Udara yang sedang aku hirup.
Keindahan yang sedap aku tatap.

Semuanya ibarat sebuah mimpi.

*Tepuk muka*
Haha. Ini realiti Farhana 😊
Alhamdulillah 😍

Tuesday, January 30, 2018

33.

"Lagu mana yang paling best?"

"Ade laaa. 😌"

"Haha mana boleh rahsia rahsia. Cepat, lagu mana paling best."

"Ade 3 lagu yang paling aku suka."

"Aipppp mana boleh 3. Yang paling yang paling haaa."

"Kalau yang paling, lagu bintang la."

"Amboi lagu yang jiwang jiwang je diaaa."

"Haha. You know me well." ❤️
.

Dua dua jenis tak move on.
Sama macam inside out dulu.
😊😊😊

Friday, January 26, 2018

31.

I'm glad I have her to rationalise my mind.
I'm emotionally broken and I never know what I actually said and think.

Glad that I don't respond anything yesterday.
I might do things that can worsen the relationship.

For now I try to not do what I've ever do.
Everyone need a space somehow.

Yes, let people having a normal life.
Let the love spreads again.

You'll never own them.
Allah owns everything.

Forgive me ya rabb ❤️