Saturday, November 14, 2015

2

Kelas Memandu.

Berat sebenarnya hati.
Entah kenapa rasa malas hari ni.
Tapi aku dah berjanji dengan diri.
Tak nak rugi dan jadi sia-sia lagi.
Susah juga ya kalau dah tawar hati.
Serba-serbi perkara tak menjadi.

Tiba-tiba jadi rima 'i' pula. :p

Okeh.
Aku rasa aku nak hold dulu.
Dan belajar siap-siap dengan Ucop.
Bila rasa dah confident baru sambung belajar balik.
Aci tak kalau gitu? 

Saia ta kuad awaaa.
Like seriously! T.T

Kesian kat cikgu yang ajar aku tu.
Aku rasa dia dah panas je tadi.
Cuaca pun tambah membahangkan.
Hmmmmm, minta maaf ye cikgu!
Aku janji aku akan belajar rerajin. T.T

Hmmmmm, lagi satu.
Tak berkenan betul tunggu lama-lama kat situ.
Habis jugalah seharian bertapa kat sekolah tu.
Menangis jugalah dalam hati ni kan. Huaaaa!

Maaf! T.T

***

Botol.

Aku ternampak sesuatu.
Kat twitter kawan kau.
Oh my god! Serius lah kau ni?
Tadi masa borak, ingat nak tanya.
Tapi rasa tak sampai hati pula.
Nampak sangat kuat stalk nya. ^^'

Tapi serious lah kau bawa benda tu pergi campus? :O
Haha. Rasa nak tampar muka sendiri. Mimpi ke ni? >.<

Suatu hari nanti kena tanya juga ni. Tapi kau memang pelik pun.
Rasa nak husnuzzhon, mungkin ada orang minta tolong bawakkan.

Haha entahlah!
Lawak jelah kau ni.

***

Daun Pisang.

Buat pertama kalinya dalam hidup, aku dan Ama jejakkan kaki ke restoran mamak depan rumah kami ni.
Tujuan utama jumpa ni pun sebab nak update kondisi diri masing-masing.
Tiba-tiba macam jadi habit pula setiap kali Ama balik Bangsar.

Sejak Ama ada masalah dengan kawan dia, selalu juga lah kami keluar bersama.
Ama memang rapat dengan aku sejak kecil lagi.
Cuma sekarang ni kami jadi bertambah rapat sebab aku menjadi tempat dia luahkan perasaan dan masalah yang dia hadapi.

Dia pun macam dah move on dan nak ignore je masalah tu.
Ada lah hikmahnya kan setiap perkara yang berlaku tu.
Esok lusa kita tak tahu apa yang terjadi pada diri kita.
It's okay kalau kita dah berusaha untuk memperbetulkan keadaan menjadi lebih baik.

Haaa. Okay tutup cerita tu.
So tadi kami makan roti nan cheese dua keping, milo ais dan teh ais.
Boleh tahan cekik darah juga lah harga dia. RM 16.40! :O
Rasanya dia charge lebih sebab restoran tu ada aircond. Tak aci betulll!
Tapi, aku juga yang beria nak ke restoran tu tadi. Haha. Lempang diri sendiri! >.<

Okay, esok Ama nak balik Palam dah.
Kejap je dia cuti. T.T

***

DP WhatsApp.

Doctor busy tiba-tiba tanya khabar.
Lama juga lah tak borak dengan budak ni.
Ada je benda nak diborakkan.
So terkantoi jugalah bab pergi Australia.
Sebab tengok gambar whatsapp aku. Heheh.

Katanya, dapat cuti seminggu.
Haa eloklah tu kan.
Doctor pun perlu berehat.

***

Rasa lelah yang menerpa.
Moga esok dapat me-recharge hati yang berduka lara.
Hahaha. Semput juga sorang-sorang macam ni. T.T

No comments:

Post a Comment