Sunday, November 15, 2015

4

Cemburu.

Perasaan ini sukar diungkapkan.
Kadang dia datang tanpa diundang.
Membuatkan hati jadi tak keruan.

Ada masanya kita cuba untuk mengawal.
Kerana kita tahu sakitnya bila memendam.

Kita rasa kita kuat.
Kita rasa kita boleh biasakan diri dengan semua ni.
Tapi realitinya pasti ada sekelumit kesangsian.
Yang membuatkan hati mengaduh sedih sendiri.

Tak faham kan?
Nak cakap terus terang, takut terlebih emosi.
Nak memendam perasaan, takut menikam hati sendiri.

So at the end.
Yang menyelamatkan kita adalah kepercayaan.
Dan bersangka baik walau apa jua yang berlaku.

Dalam mendepani cabaran ini.
Kita perlu relakan hati untuk diuji.
Tidak mengapa hati ini disakiti oleh manusia.
Manusia ternyata banyak sekali kelemahannya.

Apa pun sandaran hidup ini terutamanya pastilah kerana Dia.
Dan ketahuilah Dia jadikan sesuatu itu pasti ada sebab yang boleh kita pelajari darinya.

Sebenarnya, cemburu itu tanda sayang.
Ya, akui saja tentang fakta ini.

Tetapi aku sebenarnya wajar lebih cemburu.
Jika tuhanku lebih menumpu pada insan lain dan bukan aku.

No comments:

Post a Comment