Saturday, November 21, 2015

7

Miserable.

Aku tak tahu apa yang aku buat hari ni.
Plan nak pergi taman tasik titiwangsa.
Untuk lollipop letter for gaza pada asalnya.
Tapi end up duduk sensorang bertemankan si buku.

Oh bayangkanlah betapa gigihnya aku.
Dengan keadaan monorail yang penuh ragam.
Naik teksi lagi ke tasik yang bakal dituju.
Dalam kepanasan yang agak membahang.

Entahlah.
For me.
Keep walking.

Sampai je kat sana.
Aku cuba-cuba cari wajah yang dikenali.
Oh mai! Terjumpa abang-abang kenders.
Tapi sedih. Tak nampak pun kelibat Kak Ela.

Hmmm.
Sebenarnya aku takda kekuatan nak join mereka sendiri.
First, sebab aku datang setengah jam event berlalu.
Second, sebab takda kenders perempuan. Agak segan juga lah.

So aku pun duduk layan perasaan kat bangku wakaf tu.
Tiba-tiba, ada satu family kelate duduk situ bincang pasal boat.
Tiba-tiba, ada student upm nak temuramah pasal tasik titiwangsa.
Tiba-tiba, nampak orang photoshoot gambar kahwin kat sebelah.
Dannnn, banyak lah yang tetibanya.

Nak cakapnya.
Allah memang sengaja menghantar mereka-mereka ini.
Menemani aku yang 'mungkin' dalam kedukaan.

Budak upm tu siap cakap.
"Akak nampak macam baru putus cinta je".
Haha sentapnya dik!

Dan balik tu.
Aku buat kerja gila jugak lah sebenarnya.
Berjalan terus dari taman tasik titiwangsa -> HKL -> Kg Baru.
Naik lrt terus ke Masjid Jamek bertemankan hujan yang mendayu.
Tak larat dah sebenarnya tapi gigihkan jua kaki melangkah.

Entahlah.
For me.
Keep walking.

Dan balik lepas dari Masjid Jamek.
Rasa nak beli something untuk family.
So aku tapau la pizza hut dua keping.
Harap-harap semua orang happy hari ni.
Walaupun ada cerita 'kesusahan' di sebaliknya.

No comments:

Post a Comment