Sunday, December 27, 2015

12

Cinta.

Mencintai setiap takdir itu suatu yang indah sebenarnya.
Melapangkan jiwa dengan setiap ketentuan yang ditakdirkan.
Ku harus belajar menerima segala kelebihan dan kekurangan diri.
Menghargai setiap dan sekecil-kecil perkara di sebalik segala ketidak sempurnaan ini.

Terima kasih kerana menyedarkan aku tentang ini.
Maaf atas segala kekejaman yang tak tersengajakan.
Melihatmu sentiasa bersabar membantu diriku bangkit kembali.
Sesungguhnya dirimu hadiah terindah yang amat ku maknai selamanya.

Terima kasih sang pencipta rasa cinta.
Sungguh aku mencintai-Mu lebih dari segalanya.

No comments:

Post a Comment