Sunday, December 27, 2015

13

Warkah.

Ku utuskan warkah cinta ini buatmu,
Agar kau kembali bersemangat menjalani hari-harimu.
Usah kau bimbang dengan persekitaranmu yang membunuh itu.
Kerana kau punya kekuatan dirimu sendiri yang pasti kan membantu.

Ku utuskan warkah cinta ini buatmu,
Agar kau tidak rasa keseorangan melewati waktu-waktumu.
Kerana aku kan selalu menjaga dan menyayangi dirimu.
Sebagaimana hatimu sering menjaga dan menyayangi insan sekelilingmu.

Ku utuskan warkah cinta ini buatmu,
Agar kau sentiasa rasa dihargai oleh dirimu.
Jiwamu sentiasa tenang menepis kegundahan yang meruntun dukamu.
Bangkit menghayun langkahan kaki walau sesekali kau merebah dek lukamu.

Yang benar,
Jiwa yang amat menyayangimu.
:')

No comments:

Post a Comment