Friday, December 11, 2015

8

Aku atau Kamu.

Aku selalu punya suatu perasaan.
Yang adakalanya ia baik untukku.
Tetapi adakalanya ia agak membebankan diriku.

Aku seringkali tersepit di dalam merasionalisasikan sesuatu keputusan.
Sebolehnya, keputusan yang aku perbuat itu mestilah win-win situation.
Biarpun terkadang ia bukan win-win situation, biarlah aku yang mengalah.
Asalkan orang di sekelilingku tidak terbeban dengan apa yang aku lakukan.

Begitulah aku.
Aku percaya pada konsep mendahulukan orang lain lebih dari diri sendiri.
Aku yakin jika aku ikhlaskan niat untuk bantu orang lain, Allah pasti akan bantu aku.

Cuma terkadang.
Tafsiran membantu aku terlebih benteng batasannya.
Niat membantu tadi mungkin saja boleh ditafsirkan kepada 'busy body' jika tidak kena pada tempatnya.

Pernah juga, aku tersalah langkah.
Tetapi tidak mengapa. Aku amat berterima kasih untuk itu dan akui kesalahanku.

Ibrahnya, tidak semua perkara dalam hidup kita boleh bantu mengikut cara kita.
Kerana cara kita memberi solusi tidak semestinya sama dengan cara orang lain.
Takut-takut masalah yang ingin diselesaikan itu kian membengkak dan bukan memulih.

Apa yang aku mahukan sebenarnya ialah,
Mereka yang di sekeliling ku gembira menemui aku dalam hidupnya.
Cuma itu.

No comments:

Post a Comment