Friday, December 11, 2015

9

Janji.

Seringkali aku berjanji pada diri sendiri.
Agar tidak pernah menceritakan kedukaanku kepada sesiapa.
Hanya Allah sahaja yang berhak tahu segala kegelapan yang menyelubungi ruang hatiku.

Seringkali juga aku berjanji pada diri sendiri.
Jauhi perkara-perkara yang negatif yang bisa mempengaruhi jiwaku.
Setinggi mana kemarahan dan kebencian, lupa-lupakan ia secepat mungkin.

Terkadang, dek betapa lemahnya manusia ini, aku kerap kali tersungkur.
Susahnya menjaga hati dalam keadaan yang begitu menyesakkan dan menyerabutkan.
Seperti mahu menangis semahu-mahunya untuk meleraikan ikatan yang mencengkam diri.

Selalu juga.
Aku kelu untuk mengukir kata bila berhadapan dengan-Mu.
Aku berharap kau mengerti sedalam-dalamnya segala masalah yang aku lalui.
Dan aku yakin tiada kekuatan yang boleh aku sandarkan melainkan hanya dari diri-Mu.

Maafkan aku wahai Tuhan.
Jika selama ini aku leka dalam menjalankan ketaatan kepada-Mu.
Mensia-siakan umur dan masaku pada perkara yang tidak sepatutnya.
Maafkan aku..

Terima kasih atas segala nikmat yang Kau berikan.
Tiada mampu untukku membalas setiap inci kasih sayang-Mu padaku.
Semoga dengan menjadi hamba yang bertaqwa, aku dapat membalas segalanya.

No comments:

Post a Comment