Friday, February 5, 2016

18

Sahabat.

Melewati hidup yang menuntut diri,
mengorbankan masa pada kewajipan tertentu,
aku bersyukur kerana dikurniakan sahabat-sahabat yang sentiasa memahami.

Yang sentiasa tidak berprasangka buruk atas kesibukan aku saban hari.
Yang sentiasa tidak berputus asa untuk berhubung denganku setiap ketika.
Yang sentiasa saling mengingatkan tentang tujuan hidup kita di muka bumi selama ini.

Terima kasih sahabat, untuk segalanya!
Ketahuilah bahawa namamu,
kan sentiasa berada di denyut nafasku,
pada setiap doa yang terlafazkan.

Terima kasih Tuhan yang sentiasa memegang hati-hati kami. :')

No comments:

Post a Comment