Sunday, November 6, 2016

26.

Lari.

Basically, nak cerita sikit pasal aktiviti aku masa cuti sem hari tu. Disebabkan orang jauh dah back for good, so join lah dia masuk lari lari ni. Aku ni bukan lah atlet sangat masa kat sekolah dulu, tapi suka lah jugak lari long distance ni instead of short distance.

So, nak diceritakan kat sini. My first run event yang aku masuk adalah half marathon which is 21km. 21km kot! Haha. Masa register tu confident je nak follow 21km. Tak sedar diri yang diri tu bukan nya kuat mana. >.< Tapi sebab rasanya macam boleh je buat, so why not just give it a try for that kan.

And alhamdulillah! At last aku berjaya lah jugak habiskan lari 21km tu dalam tempoh masa yang diberikan. About 3h45m kot! Lembab gilaaa. >.< Malu lah jugak sebenarnya sebab jadi antara orang yang terlambat habiskan larian tu tapi bak kata kawan aku sorang ni, bucket list yang tak sengaja dah berjaya dilaksanakan gitu. So deep in my heart aku rasa bangga jugak lah dengan diri sendiri sebab berjaya habiskan half marathon ni walaupun dah koyak habis dah time tengah lari tu. Asyik merungut jeee. Asal lari naik bukit je mesti aku nak jalan memanjang. Nasib baik lah ada orang penyabar boleh teman aku lari masa tu. :)

After a great experience dengan half marathon ni, aku pun masuk lah beberapa event lari lain. Event lari yang aku join dengan adik adik aku hari tu, agak disaster tapi macam kool gak. Sebab kitorang lari time hujan. Aku expect organiser akan batalkan event tu sebab hujan tak berhenti dari pagi tapi rupanya walau apa pun keadaannya, life must go on! Giteww! So kitorang pun lari jelah dalam keadaan basah tu tanpa mengira risiko yang akan berlaku selepas itu. Haha.

Tapi memang rare experience yang aku rasa aku takkan buat lagi kot sepanjang hidup ni. Alhamdulillah for everything. Sebab lepas tu takdelah demam ke apa. Then, antara run event lain yang aku join ialah lari tengah malam kat Sepang International Circuit sempena Hari Sukan Negara. And lastly, join charity run under UIA kat Taman Layang Layang Kepong. Yang ni aku lari hari yang sama terus masuk class untuk sem 2. Semua ni sebab ada seseorang tu beria ajak aku lari for the last time kononnya. Haha. Nasib baik medal cantikkk!

So far, itu jelah event lari yang aku join masa cuti sem hari tu. Tapi selain tu, ada jugak aktiviti seangkatan dengan lari yang aku join, iaitu Fun Ride TNB, Hiking Bukit Gasing dengan Hiking Bukit Saga. Aku pun tak sure kenapa tetibe aku jadi sportswoman cuti sem ni. Haha. Tapi alhamdulillah for everything! Banyak benda aku belajar dari situ dan dapat jumpa macam-macam orang. But still hati ini masih merindukan program-program volunteering yang aku suka join dulu seperti Weekenders Club, Hidayah Center etc. Takpelah, mungkin takde rezeki masa aku cuti sem hari tu sebab dorang takde pulak buat event yang memerlukan volunteer. InshaAllah next time aku cuba untuk balance kan aktiviti dan usahakan untuk join lagi. :)

Sekian.

* * *

Btw, terima kasih awaa!

Haish. Amende la tisu sangat hati ni, tulis pasal lari pun boleh nangis. Kah kah! :')

11 days to go..

No comments:

Post a Comment